Tuesday, September 07, 2004

Windows XP - Malay Edition

Hmm…edt kembali lagi setelah lame menyepikan diri…..bizi siket sejak kebelakangan ini….…korang penah terpikir tak nk gunakan window versi bahasae melayu??...sebab ade gak x expert sangat term² bahase inggeris nih...so mesti better kalo pakai yang versi bahasa melayu...

ari nih edt tengok surat Khabar ....tup-tup ternampak lak tajuk perisian Window XP versi Bahasa Melayu……nampaknya isu perisian sistem operasi (OS) berharga mahal dan sukar difahami kerana menggunakan bahasa Inggeris bukan lagi menjadi alas an dengan munculnya Window XP version Bahasa Meayu. Dengan masalah inilah wujudnya Window XP dalan versi bahasa melayu kerana Microsoft sebagai syarkat yang menguasai pasaran OS dunia tidak mahu para pengguna dan Negara-negara membangun memilih OS yang ditawarkan oleh kumpulan pembangun Linux yang ternyata lebih senang difahami.

Buat permulaan perisian Wndow XP Edisi Mula (Starter Edition) dalam bahasa melayu telah dilancarkan beberapa minggu lepas sebagai jawapan kepada persoalan yang bermain di kepala “ …Bilalaa nk ade window dlm bahase melayu??” Perisian ini di tawarkan bersama desktop berkos rendah itu akan deperkenalkan pada pasaran selepas Oktober nanti.Selain Malaysia, Microsoft juga melancarkan perisian Window Xp ini dalam bahasa tempatan di lima buah negara lain dan setakat ini ia telah dilancarkan di Malaysia, Indonesia dan Thailand manakala dua buah Negara yang lain akan diumumkan kemudian…hmm pelik gak apesal laa nk rahsia-rahsia lagi dua Negara tu?....startegi pemasaran kot…

Orang kuat Microsoft kt Malaysia iaitu Pengarah Urusan Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd., Butt Wai Choon berkata, aplikasi tersebut yang diterjemah dan disesuaikan kandungannya daripada glosari Microsoft Windows XP dan ia menawarkan cara yang mudah kepada mereka yang menggunakan komputer buat kali pertama melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Kate die lagi… apabila memasuki pasaran kelak, aplikasi tersebut boleh diperolehi melalui para pengedar pengeluar peralatan asli (OEM) Microsoft di seluruh negara…ehemm…tu yang original tapi kat Malaysia nih konfem yang pirated punye mendapat pasaran yang tinggi..ehehe…sape soh rege die mahal sesangat…..Kate orang Microsoft lagi

``Harga aplikasi ini akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi, bagaimanapun kadarnya adalah paling murah berbanding aplikasi lain yang ditawarkan oleh Microsoft buat masa ini…yeke murah??``Walaupun kosnya lebih rendah, namun ia sepadan dengan pelbagai peralatan dan aplikasi berasaskan Windows dan suit perisian Microsoft Office 2003,'' lagi kata-katanya.
Aplikasi Windows XP Starter Edition mengandungi kira-kira 7,500 terma yang terjemahannya ke bahasa Melayu dilakukan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Aplikasi perisian tersebut mempunyai kapasiti pemprosesan 233 MHz dengan akses memori sehingga 128 MB. Ia mengandungi ciri asas Wndows XP seperti layaran internet, padanan perisian dan peralatan, paparan tetingkap, ciri keselamatan terkini dan kemudahan komunikasi selain video, muzik dan gambar digital.

Microsoft akan menggunakan fasa percubaan 12 bulan pelancarannya dan akan menilai keberkesanan produk ini kepada para pengguna kali pertama. Dalam masa 12 bulan ini, kajian akan di jalankan kajian terhadap 1,200 pelanggan dan 450 rakan perniagaan dalam membangunkan pasaran dan memahami kehendak mereka dalam edisi terbaru ini,.

Ehe…nampaknya kita tunggu dan lihat kemunculan Tingkap XP nih(Window XP)…rasa lucu gak bila fikirkan “term” bahasa inggeris di alih bahase ke bahasa melayu macam henpon gak..kekadang lucu kalo piker…hehe ape2 pon just wait n see keberkesanan nye….sekian berita teknologi dr edt...

No comments: