Showing posts with label ReaLiTy. Show all posts
Showing posts with label ReaLiTy. Show all posts

Wednesday, August 01, 2007

PC Fair 2007 Warning!!!




Jumaat ini bersamaan 3 Ogos 2007 bermulalah acara yang paling mendapat sambutan terutamanya pada PC freak macam aku... PC Fair 2007 edisi ke -3 kalau tak salah aku untuk tahun ini. Secara rasminnya entry kali ini adalah untuk mempromot sambil memberitahu kewujudan event gemilang kali ini. Aku akan berada di PC Fair ini pada ahad petang bersamaan 5 Ogos selepas lunch...

Tujuan utama entry ini adalah secara tak rasminya memberi peringatan kepada kawan-kawan semua, para bloggers dan para pelayar internet yang berkeinginan membeli alatan-alatan di PC Fair kali ini supaya berhati-hati dengan setiap pembelian. Seperti yang pernah aku saksikan di PC Fair April lepas, ramai pelanggan tertipu dengan pembeliannya.Begini kisahnya, beberapa hari selepas PC Fair aku ke Low Yat mengusha beberapa barangan komputer untuk company aku dan beberapa senario menarik telah berlaku. Ada pembeli yang datang untuk meng'claim' warranty terhadap barangan yang didapati ade kerosakan. Namun pekedai tu pon berkata " Ni satu lagi....adik..kami takde pon hantar wakil kami ke PC Fair" . Dengan rasa hairan adik tu pon menunjukkan resit pembelian. Pekedai tu berkata "ish...ini bukan resit kami(sambil menunjukkan resit rasmi). Kesimpulannya adik tu tak dapat claim warranty.

Aku melihat resit adik tu, ternyata pada resit tu ada cop kedai komputer tu, tetapi kedai tu mengguna resit bercetak bukannya bercop. Aku berfikir dalam hati " sah..penipuan berlaku" . Kemudian pekedai tu menyembang dengan aku dan berkata sebelum ni ada pelanggan datang untuk claim warranty. Kedai tu beralamat di Kuantan tapi mereka mendakwa boleh meng'claim' warranty di kedai dia. huhu....macam tu lah kisahnyer.

kesimpulannya, berhati-hati ketika berurus niaga di PC Fair. wassalam...

p/s - gambar dr phone kamera cik AlongAriff PC Fair April!

Sunday, July 15, 2007

Balik Kampung Updet!!!

Baru jek menjejakkan kaki di s.alam setelah sehari balek kampung... huhu aku rasa inilah kali pertama aku balik kampung dan pulang balik dalam masa yang singkat. Tapi apapunu aku bersyukur kerana dapat balik kampung berjumpa makbapak aku. So macam biasa aku sampai kt Sabak Bernam pukul 3.30 ptg dan aku tido selepas sampai. Esoknya aku gi shopping barang dapur dan pergi ke hostel adik aku n berjumpa dgn dia. Pukul 5 ptg aku bergerak kembali ke Shah Alam.

So sekarang kat shah alam, sampai jek bukan internet tengok blog... ada orang suh updet...ahaha.. so here quick updet. Minggu lepas aku dapat berjumpa sekejap dengan shaira so setelah sekian lama berkenalan dengan shaira dalan blog sahaja kali ni dpt jumpe live.. hahah..so Shaira nice to meet u ...so Dhiey bila la agaknya kita nak jumpa aaa???? Aku rasa kita kena wat gathering untuk blogger kita nih ..ahahah..kumpul balek para blogger tegar.. dari zaman takdenya wordpress sampai laaa skrg ni...walaupon ramai bloggers baru muncul korg ttp rock..maintain ngan blogspot/blogdrive ...ahahah...

So nk cite pasal pe lagi...bola ek.. AFC kita sudah kalah 5-0 ...hahah rekod..da 10 kali bolos..kali ni ngn Uzbekistan..aku tatau nk komen pe sbb aku tak tgk pon... so aku tatau nk cakap pe aaa...huhu n Congrats utk Brazil ...berjaya mengalahkan Argentina 3-0 dalam Copa America...ahaha... Special utk --> wan..impian ko hanya tetap jadi impian untuk argentina+messi ko ngalahkan Brazil... ahahha takkan takde star (Kaka + Ronaldinho) pon xble menang beb...siap own goal tuh...ahahah

chaios....next updet...my music kot..!!!


Wednesday, July 11, 2007

Quick Update!!!


Malaysia muncul dalam website sukan antarabangsa...hahah..walaupon keputusan tak memberangsangkan...bilakah agaknya Malaysia akan berjaya dalam sukan bolasepak???huhu...aku pon tatau nak kata apa pon , makin lama dirasakan makin teruk pulak mungkin player sekarang ni disogokkan dengan kemewahan.....berbanding dengan player2 kita suatu masa dahulu. Ya...ini lah yang sering diperkatakan, player2 dulu kebanyakkan bukannya kerjanya hanya bermain bola sepak (seperti player skrg) tetapi prestasi mereka tetap membanggakan kita (berbanding sekarang)...so kesimpulannya, mentaliti rakyat malaysia masih dalam tahap yang mengecewakan.

Bukan setakat player sahaja tetapi rakyat Malaysia sehinggakan kerajaan melancarkan "Kempen Tak Apa" ....huhu betapa uniknya rakyat Malaysia...dengan sikap "Tak Apa" (tak mengendahkan). So apa yang perlu skrg ialah rakyat Malaysia harus menukar cara pemikiran dan mentaliti masing2, dan setkan minda untuk berbuat yang lebih baik...huhu...

So schedule ari nih, Desa Jaya Kepong...another CIMB bank branch yang perlu di "troubleshoot". Then untuk pengetahuan, company aku da order server baru dari Shinjiru yang berkapasiti 100GB...:D Aku merasakan shinjiru merupakan kompeni hosting yang paling mantap sekali kerana menawarkan space yang besar hanya untuk RM290 setahun...dan paling membanggakan ia adalah kompeni anak Malaysia yang dikenali di peringkat antarabangsa.