Sunday, August 05, 2007

PC FAIR Ogos 2007 (KL)

Lintas langsung laporan terus dari KLCC sempena PC Fair Kali ke-2 Tahun ini.. Kali ini aku sampai awal di PC Fair seawal para PC Freak yang lain beratur didepan pintu masuk KL Convention Centre itu. Dengan perut kosong sekosong-kosongnya aku tetap menguatkan diri untuk menjadi antara yang kumpulan pertama masuk ke PC Fair hari terakhir ini. Macam biasa permulaan mestilah terus ke tingkat 3 dimana terletaknya vendor-vendor besar seperti Samsung, Creative, Acer dan sebagainya. Walaubagaimana pon kali ini kelihatan tidak banyak syarikat-syarikat vendor yang besar ini mengambil bahagian dan kelihatan kurang amoi-amoi pentarek hati berkeliaran di ruang legar. Ini mungkin kerana mungkin tiada produk-produk baru untuk diiklankan ataupon diperkenalkan pada umum, mungkin akhir tahun nanti lebih banyak produk-produk baru akan keluar.

Kemudian beralih ke tingkat bawah, disinilah sebenarnya syurga para PC Freak. Rata-rata pengunjung bertumpu dibahagian ini setelah mencuci mata ditingkat atas. Disini lah terdapatnya segala macam perkakasan komputer, aksessori komputer, gadget-gadget terbaru dan sebagainya. Terasa seperti ada yang kurang pada PC Fair kali ini, kelihatan kurang meriahnya, mungkin kerana kurangnya teknologi-teknologi baru di perkenalkan, mungkin keran kurangnya 'angel-angel' PC Fair memberikan free gift. Mungkin itu antara faktor-faktor yang menyumbang ke arah kebosanannya.



Apa yang amat ketara pada PC Fair kali ini ialah promosi besar-besaran oleh maxis untuk memasarkan broadbandnya. Mari bercerita tentang broadband maxis ini, pada umumya maxis broadband ini adalah wireless dimana sambungan ke modem/wireless router nya hanya menggunakan simkad maxis itu sendiri. Pakej yang ditawarkan ialah 384@RM68 dan 782@RM98. Walaubagaimanapun, terdengar perbincangan diantara orang-orang besar maxis yang broadband ini boleh mencapai sehingga 1.7MB, dan ianya bukan shared. Dan semasa PC Fair ini, promosi hanya perlu membayar RM100 for activation dan ianya boleh digunakan selepas 24jam mendaftar. Disertakan bersama pakej ini ialah wireles modem/router (dengan keupayaan simkad), sebiji phone rumah dan cabutan bertuah. Ternyata promosi maxis ini mentarek hati atas sebab Streamyx yang sudah meng'upgrade' talian sehingga p2p takboleh guna.


Perarakan rombongan cik kiah tamat pada pukul 6ptg setelah sehari suntuk berjalan-jalan sehingga lenguh segala sendi. Pendapat koranglah adakah Maxis Broadband ini mampu menandingi Streamyx????

p/s - gambar semata-mata hiasan

2 comments:

vangardx said...

aku dahagakan gambar gadis munggil :p

Anonymous said...

gadis mungil... mana gadis2? ha ha ha