Wednesday, August 01, 2007

PC Fair 2007 Warning!!!




Jumaat ini bersamaan 3 Ogos 2007 bermulalah acara yang paling mendapat sambutan terutamanya pada PC freak macam aku... PC Fair 2007 edisi ke -3 kalau tak salah aku untuk tahun ini. Secara rasminnya entry kali ini adalah untuk mempromot sambil memberitahu kewujudan event gemilang kali ini. Aku akan berada di PC Fair ini pada ahad petang bersamaan 5 Ogos selepas lunch...

Tujuan utama entry ini adalah secara tak rasminya memberi peringatan kepada kawan-kawan semua, para bloggers dan para pelayar internet yang berkeinginan membeli alatan-alatan di PC Fair kali ini supaya berhati-hati dengan setiap pembelian. Seperti yang pernah aku saksikan di PC Fair April lepas, ramai pelanggan tertipu dengan pembeliannya.Begini kisahnya, beberapa hari selepas PC Fair aku ke Low Yat mengusha beberapa barangan komputer untuk company aku dan beberapa senario menarik telah berlaku. Ada pembeli yang datang untuk meng'claim' warranty terhadap barangan yang didapati ade kerosakan. Namun pekedai tu pon berkata " Ni satu lagi....adik..kami takde pon hantar wakil kami ke PC Fair" . Dengan rasa hairan adik tu pon menunjukkan resit pembelian. Pekedai tu berkata "ish...ini bukan resit kami(sambil menunjukkan resit rasmi). Kesimpulannya adik tu tak dapat claim warranty.

Aku melihat resit adik tu, ternyata pada resit tu ada cop kedai komputer tu, tetapi kedai tu mengguna resit bercetak bukannya bercop. Aku berfikir dalam hati " sah..penipuan berlaku" . Kemudian pekedai tu menyembang dengan aku dan berkata sebelum ni ada pelanggan datang untuk claim warranty. Kedai tu beralamat di Kuantan tapi mereka mendakwa boleh meng'claim' warranty di kedai dia. huhu....macam tu lah kisahnyer.

kesimpulannya, berhati-hati ketika berurus niaga di PC Fair. wassalam...

p/s - gambar dr phone kamera cik AlongAriff PC Fair April!

3 comments:

Anonymous said...

Ayoyo. Hari2 tuka bil la diorang ni gamaknyer. Kui3.

Anonymous said...

Keep up the good work.

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumat menarik