Thursday, May 05, 2005

Surat Tuka LI!!!:D

Tebuk Wan Mud,

Jalan Tebuk Pulai,

45200 Sabak Bernam,

Selangor Darul Ehsan.

Penyelaras Latihan Industri,

Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian,

Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia,

Karung Berkunci 12,

25000, Kuantan Pahang. 5 MEI 2005.

Tuan,

PERMOHONAN PENUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

Berhubung dengan perkara diatas saya pelajar tahun 3 jurusan Kejuruteraan Perisian ingin memohon penukaran tempat latihan industri atas beberapa sebab tertentu.

2. Pada awalnya saya telah ditempatkan bersama-sama 20 orang yang lain di e-Protea Technology, namum pada saat-saat akhir telah berlaku sedikit salah paham dan akhirnya saya tidak ditempatkan di syarikat berkenaan. Kemudian saya telah mencuba untuk mencari beberapa tempat lain untuk latihan industri saya itu, namum gagal tempat latihan industri di luar KUKTEM atas sebab kesuntukan masa bagi syarikat untuk membuat persediaan. Oleh itu saya ditempatkan untuk membuat latihan industri di KUKTEM di bawah seliaan Cik Zalili.

3. Namun kemudiannya saya mendapat tawaran daripada Trisystem Integrated Solution (Trisystem Engineering) untuk membuat latihan industri disana. Di antara sebab-sebab saya memilih untuk membuat penukaran ini adalah masalah kewangan keluarga saya yang sekarang ini amat kritikal. Oleh itu saya memerlukan elaun untuk menyara hidup saya sepanjang latihan industri ini tanpa membebankan keluarga saya .

4. Sebab yang lain adalah kerana saya percaya bahawa dengan menjalani latihan industri di sana, peluang saya untuk mendapat pekerjaan adalah lebih cerah. Ini adalah kerana kemungkinan besar saya akan ditawarkan pekerjaan sekiranya pretasi kerja saya semasa latihan industri memuaskan. Selain itu jarak tempat kerja saya dengan rumah saya tidak berapa jauh daripada rumah saya dan ini menyenangkan saya untuk menjenguk ayah saya yang kebelakangan ini kesihatannya tidak berapa memuaskan.

Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini. Kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Yang benar,

(OMAR BAHRIN AFANDI ABDUL HAMID)

p/s : korg...doakan aku dapat tuka ek...see yaaa

No comments: